yani's FotoPage - - Fotopages.com
resepi mama
Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm ayam (dipotong kecil)
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak
Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
Biarkan merenih perlahan-lahan.
Lauk simple
Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk garam
- isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.
Bahan B
100 gm kacang gajus - [kakliza beli yg dalam paket kat kedai tu]
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm sos tomato
1/4 cwn air
minyak tuk menumis
Cara
1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
5. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
Abok2
Bahan-bahan:
1/2 paket biji sago
1/2 kelapa parut (putih shj)
1 ketul gula melaka - diracik (nak guna gula merah pun buleh)
garam
Cara-cara:
1. Basuh sagu bersih & toskan.
2. Gaulkan kelapa dgn garam. Masukkan kelapa dalam sagu & kacau rata
Kalau kukus pakai loyang (cam kak min):
1. Masukkan campuran sagu kelapa -lapisan pertama
2. Tabur gula melaka yg diracik - lapisan kedua
3. Tutup dengan campuran sagu kelapa - lapisan atas
4. Kukus 20-30 minit
Kalau kukus guna daun pisang (buat kon)
1. Lapisan pertama - letak sagu (2 sudu)
2. Lapisan kedua - letak kelapa
3. Lapisan ketiga - letak gula
4. Lapisan keempat - sagu.
5. Kukus 8-10 minit
TRIffles
buat pertama kalinya aku buat triffles.. menjadik...
ni la rupe triffles aku yang tak seberapa hehehehe
CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE
Bahan Base
150 gm biskut oreo [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]
Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla
Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk
Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam
Cara
1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok]
2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
4. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
6. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
7. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
8. Hidangkan.
KEK KEJU SEJUK
Bahan based
300 grms biskut oreo dihancurkan
(tekan padat pada loyang)
Bahan:
250 gm cream cheese
75 gm gula kastor
100 gm fresh cream
100 gm agar-agar cair
Topping....blueberry atau apa2 yg sewaktu ngannya
Cara:
1. Pukul cheese dan gula hingga kembang.
2. Masukkan fresh cream dan agar-agar cair dan gaul rata.
3. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan.
4. Jika suka bolihlah letakkan topping...saperti blueberry atau sbarang perasa lain.
5. Potong dan hidangkan.
resepi dari mama KMC's MAMA CLUB
mashed potato's gravy (kak min)
-1 teaspoon cornflour + stok ayam.
-Letak 1-2 titik kicap (utk warna).
puri epal (kak min)
Cara - potong kiub 1/2 biji epal merah. Pastu stim/rebus sampai lembut. Sejukkan. Pastu blend epal + air rebusan sampai jadik puri (halus betul). Cuba kasik puri ni selama 4 hari sebelum tukar puri buah lain.
Shortbread Cookies (basic + tanpa telur) (kak min)
Bahan-bahan:
5oz tepung serbaguna
3 tbsp tepung jagung
4oz butter (suhu bilik)
2oz gula kastor (kak min pakai 1.5oz jek)
Cara:
1. Masukkan tepung + butter (potong kiub) + gula.
2. Gaul rata – mula2 adunan berbentuk breadcrumbs (serbuk roti), kemudian berbentuk doh lembut.
3. Canaikan – setebal 1 inci @ ikut suka. Terapkan guna acuan pelbagai bentuk (nampak menarik ).
4. Bakar cookies pada suhu 180C selama 10-12 minit.
Nota:
1. Panaskan oven terlebih dulu.
2. Sapu sikit dulang pembakar dgn butter/marjerin.
Oatmeal Cereal - kak min
2 tbsp rolled oats
Sedikit air
Susu - EBM/formula
2 tbsp isi kurma
2 tbsp kismis
1-2 biji pisang masak.
1. Masak oat + air dgn api sederhana.
2. Lecek kurma + pisang
3. Rendam/rebus kismis dlm air panas sampai lembut (kalau kismis saiz besar - potong kecil)
4. Masukkan kurma + kismis + pisang.
5. Dah masak - angkat + masukkan EBM/formula. Kacau rata.
6. Tabur sedikit wheat germ (optional)
bubur gandum (anna)
BUBUR GANDUM
resepi 1
bahan;
bahan A
segenggam gandum
2 cawan air
bahan B
1 teaspoon sagu
1 tablespoon gula perang
sedikit santan/ susu
cara;
1. rebus gandum dgn air hingga kembang dan empuk.
2. masukkan bahan B ( anna slalu letak susu cair/ susu ibu-ni khas amsyar je.. )
3. sedikit garam (kalo baby dah more than 1 year)
kalau letak santan pun sedap, tak perlu buh garam..srasa nya lemak je...
satu lagi rasa manis nya boleh diubah2 ikut kesesuaian ibu2 k..
resepi 2
bahan2;
300 ml santan cair
150 ml santan pekat
150 gm biji gandum (direbus)
100 gm gula melaka
30 gm sagu biji
50 gm gula pasir
1 helai daun pandan
cara2;
Didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak, masukkan gula pasir, gandum dan santan pekat. Biarkan ia mendidih selama 2 minit dan hidangkan.
CUPCAKE PRUNE KUKUS (anna)
Bahan2;
250 gram butter
2 cawan tpg naik sendiri (bluekey)
1 cawan gula
1/3 tin susu pekat manis
20 biji prune ( kisar dgn air sedikit-takat boleh kisar cukup)
5 biji prune (hiris halus)
5 biji telur
Cara2;
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putar butter, gula susu hingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu
4. Masukkan prune kisar
5. Masukkan tepung
6. Masukkan prune kisar, kacau dgn senduk
7. Tuang adunan dlm loyang bercawan dilapisi dgn kertas cawan
8. kukus hingga masak. Anggaran 10-15 minit.
Tips;
1. Adunan dituang pada separuh ketinggian
2. boleh campur ½ cawan gula halus + ½ brown sugar utk warna yg lebih gelap.
3. boleh guna topping coklat
4. boleh buat sebagai kek, Cuma tuang adunan dalam loyang
5. gunakan prune sunsweet
website rujukan
www.wholesomebabyfood.com
www.mo-river.net/Health/home_made_baby_foods.htm
http://myresipi.com/top/tag/162
RESEPI DADIH ANNA
BAHAN;
- 1 TIN SUSU CAIR
- 1 PAKET 450GRAM COFFEEMATE
- 1 TIN SUSU GULA PASIR
- 1 PAKET SERBUK AGAR2 JENIS 'TIADA WARNA/CLEAR'- 10grams
- 4 LITER AIR
- PELBAGAI RASA KORDIAL..CTH; MANGGA/HONEYDEW /MILO
CARA;-CAMPUR 3.5 LITER AIR DGN SERBUK AGAR2.DIDIHKAN.
-MASUKKAN GULA.KACAU SEBATI.
-MASUKKAN CAMPURAN SUSU CAIR+COFFEEMATE+0.5L AIR
-SETELAH CAMPURAN DADIH MENDIDIH,ASINGKAN MENGIKUT KEPERLUAN PERASA
-MASUK DLM CUP,TUNGGU HINGGA SEJUK BARU BLH DIMAKAN
APAM WARNA-WARNI (kak min)
100 gm gula pasir
150 ml air
2 helai daun pandan, disimpulkan
125 ml air suam
1 camt gula pasir
1 camB yis segera/kering/yeast granules
240 gm tepung gandum
40 gm tepung beras
pewarna merah, kuning dan hijau
120 gm kelapa parut putih } campur
Secubit garam }
Cara:-
1. Masak 3 bahan pertama, tapis dan biar sejuk.
2. Campur air suam, gula dan yis. Biar selama 10-15 minit atau hingga kembang dan berbuih.
3. Jika tidak naik, bermakna yis tidak aktif dan perlu membeli yg baru.
4. Gaulkan campuran yis dengan air gula dan semua bahan lain kecuali kelapa dan garam.
5. Bahagikan kepada 3, warnakan ikut suka. Isikan adunan ke dalam acuan kecil (lengser minyak) hingga ke paras 2/3. Biar naik hingga penuh sebelum dikukus hingga masak.
CARROT MUFFIN (kak min)
Sumber: Chef Wan
2 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula kaster
3 cmt serbuk penaik
3 cmt serbuk kulit kayu manis
1 cawan mentega / minyak masak
1 cawan lobak parut
1/2 cawan kulit oren
1/2 cawan serbuk badam
4 biji telur
Cara:-
1. Campurkan tepung + serbuk penaik + serbuk kulit kayu manis & ayak.
2. Satukan gula + serbuk badam. Gaul rata.
3. Butter/minyak + telur disatukan & pukul sekejap. Masukkan dalam campuran tepung . Gaul rata.
4. Masukkan lobak parut + kulit oren.
5. Masukkan dalam acuan muffin. Bakar dgn suhu 180C selama 20 minit.
Resepi mee ayam cendawan (anna)
Bahan A;
Bawang putih
Halia
Sos tiram
Kicap
Stok ayam – kiub/ pati
Bahan B;
Ayam-dipotong kecil
Bahan C;
Karet
Brokoli
Bunga kubis
Cendawan hitam
Mee kuning/bihun/ kue teow
Daun bawang
Garam secukup rasa
Cara2;
1. Rebus bahan B dan bahan C secara berasingan. Toskan airnya utk dibuat kuah, bahan2 tadi dihidang berasingan dari kuah..
2. Tumis bahan A satu persatu, masukkan air rebusan tadi.
3. Masukkan air ikut keperluan.
4. Didihkan kuah hingga masak. Masukkan sedikit daun bawang.
5. Celur mee. Sedia utk dimakan.
stew ayam (kak min)
Ayam - potong kecil
Kentang + carrot + celery - potong dadu
Bwg putih + merah - sikit
kayu manis + lawang - sikit
Tepung - 1 sudu besar
Kicap manis
1. Tumis kayu kayan + bwg
2. Masukkan air + sayur
3. Bila mendidih@sayur lembut, masukkan ayam. Biar mendidih.
4. Masukkan kicap - 3 @ 4 titis
5. Masukkan tepung yg dibancuh ngan sedikit air (pekatkan kuah).
TRIffles versi cikwan
Bahan
2 biji swiss roll (perasa depend ar. cikwan suka vanilla)
1 tin buah-buahan campur
1 tin peach potong (untuk hiasan)
1 kotak dutch lady 'segar' -kotak hijau- = 1 liter
1 kotak/peket serbuk agar2 - warna ikut suka
2 sudu vanilla
4 sudu gula
Cara :
-Potong swiss roll ikut suka tebal (dlm 1.5cm) dan susun dalam bekas rapat-rapat sehingga menutupi ruang bekas (jadikan buat dinding sekali). Siramkan air buah-buahan campur diatas swiss roll tadi.
-Tabur sedikit buah-buahan campur ke atas swiss roll td. Sediakan kastad lapian pertama.
-Kastad - 1 stgh cawan susu dimasak hingga didih. sementara didih, kacau 2 sudu gula, 1 sudu esen vanilla dan 2 sudu kasted dalam belen setengah cawan susu td. bila susu td dah didih, masukkan campuran kastad td (tapis dulu) dlm susu didih dan kacau hingga jadi pekat. Bila dah pekat sikit, tuang dalam bekas kek tadi. Tunggu sejuk.
-Buat agar2 ikut aturan pada kotak. tuang pada lapisan kastad dalam bekas td. tunggu sejuk plak. (masuk peti ais)
-tabur belen buah-buahan campo td atas agar-agar.
-Buat sekali lg kastad (sama macam kat atas) boleh jugak guna habiskan susu tp tambah sikit gula dan tepung kastad. Tuang jadi lapisan ketiga.
-Tunggu sejuk, then boleh hiaskan dengan peach potong.. SIAP!!!!.... simpan lam peti ais baru sodap..
KARIPAP DAGING
Bahan-bahan Inti:
3 biji kentang dipotong dadu.
200g daging cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
1 sudu besar udang kering-ditumbuk
Setangkai daun sup }dihiris
Sedikit gula & garam
Cara membuat inti:
Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.
Sebelum diangkat masukkan daun sup.
Bahan-bahan untuk pastri/kulit:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan
secubit garam masukkan ke dalam air
Cara membuat kulit karipap:
Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
Kek Coklat Lembab
Bahan-bahan untuk Kek Coklat Lembab
Bahan bahannya :
Bahan A
100 gram gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu segar
Bahan B
300 gram gula castor
250 gram butter
6 biji telur ayam
250 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara membuat
Bahan A dimasak diatas api sederhana. Jadikan sirap koko dan biarkan sejuk, ketepikan. Putar butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telur sebuji demi sebiji. Masukkan sirap koko dan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven bersuhu 175 degree celcius selama 1 jam.
Untuk mencantikkan lagi kek anda, bolehlah dihias bersama toping (menggunakan coklat masakan) mengikut citarasa puan puan
Cheese Cake
Bahan-bahan untuk Cheese Cake
Lapisan bawah
1. Biskut marrie - 1 pack
2. Butter - 50g
3. Gula halus - 2 sudu
Lapisan tengah
1. Cream Cheese - 500g
2. Telur - 1 biji
3. Gula - 3/4 cawan
4. Buleberry - 2 sudu
Lapisan atas
1. Kristal Jelly (Blueberry) - 1 pack
2. Blueberry - 1 tin
Cara membuat
Lapisan bawah.
Tumbuk biskut marrie sampai hancur. Kemudian masukkan gula halus dan gaul hingga sebati. Selepas itu masukkan butter. Gaul sehingga menjadi pejal. Masukkan adunan kedalam bekas dan tekan sehingga padat. Akhir sekali masukkan adunan kedalam peti sejuk.
Lapisan tengah.
Kacau cream cheese sehingga kembang. Setelah adunan menjadi kembang masukkan gula halus. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga sebati. Selepas itu masukkan adunan tadi kedalam bekas lapisan bawah yang telah disejukkan tadi. Masukkan bleuberry dan kacau dengan perlahan supaya ia menjadi seperti corak. Akhir sekali bakar adunan selama 1 jam pada suhu 160C.
Lapisan atas.
Panaskan air dalam periuk. Setelah air mendidih masukkan kristal jelly dan kacau. Akhir sekali masukkan Blueberry dah kacau sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke atas cheese cake yang telah dibakar. Tunggu sehingga sejuk dan masukkan cheese cake tadi ke dalam peti sejuk.
MUFFIN COKLAT CHIPS
Bahan-bahan untuk MUFFIN COKLAT CHIPS
Bahan A:
250 gm butter
40 gm majerin
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
Bahan B:
210 gm tepung gandum.......]
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
50 gm serbuk koko..............]
50 ml susu segar/fresh milk
100 gm coklat chips
Cara membuat
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.
4. Masukkan coklat chips.
5. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan kertas yg diletakkan dalam muffin tray.
6. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 minit.
7. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.
Mini Banana Muffin
Ingredients:
1 medium banana
(preferably very ripe - mashed)
½ cup self raising flour
¼ cup sugar
¼ cup canola oil (kak min guna corn oil)
1 medium egg
¼ tsp salt
½ tsp vanilla essence
(Makes 20 mini muffins) (kak min dapat 24 biji)
Method:
1. Beat oil, sugar, salt, vanilla and egg for about 3 minutes.
2. Add in flour with as few strokes as possible.
3. Stir in banana.
4. Spoon into tiny patty cake holders (about 1inch in diameter).
5. Bake in 170 C oven for about 10 minutes or until light brown.
Kek Pisang resepi hms
1 cawan pisang yang telah dilenyek tak kira apa jenis pisang pun
1 cawan gula kasar yg kita gunakan buat kopi tu
1 cawan minyak masak yg kita gunakan setiap hari tu
3 biji telor ayam gred B
2 cawan tepong gamdum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
cara membuatnya
1.sediakan loyang pembakar di sapu dgn minyak sedikit.
2. panaskan oven dlm masa 5 minit
3. ayak tepong gandum dengan soda bicarbinate dan baking powder. ketepikan
4. ambil blender, masukan pisang,gula,minyak,telor - diblend
5. keluarkan dr blender, masuk kedlm mangkok dan masukkan tepong yg
telah diayak tadi. kacau dan gaulkan.
6. masukkan kedlm loyang dan bakar dlm oven selama 1/2 jam dengan
KMC MAMA CLUB GATHERING 2007 - Tasik Titiwangsa
assalamualaikum...
Pada tanggal 19 Mei 2007 buat pertama kali nya KMC MAMA CLUB telah mengadakan gathering bagi tujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim & mempertemukan anak masing2.
Tarikh : 19 Mei 2007
Tempat : Tasik Titiwangsa
Waktu : 4 petang
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana acara gathering berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat melanda pada awalnya. Tapi tu semua tu menghalang mama2 semua untuk menghadirkan diri. Turut hadir para Papa2 yang sangat sporting & menambahkan keceriaan majlis. Terima kasih kepada Nieza selaku ketua yang telah memastikan majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.
Zahra balik kampung
journey pergi.. lalu karak-gua musang-kota bharu
sepanjang kat sana mmg dia seronok je.. mana taknyer ramai yang dokong dia.. dia suke le hehehe..
balik kelantan hari tu sbb sepupu kawen.. mmg meriah la.
journey balik lak- kelantan-terengganu-kuantan-KL
perjalanan balik agak panjang & lama sebab lalu terengganu coz nak hantar makteh & pakteh kat umah kak ipah kat Kuantan..sedap mata memandang laut2 sepanjang perjalanan. tgh dlm perjalanan tu aku terfikir ade baiknye gak kalau aku singgah umah aez kat kemaman (my bestest friend  :-D ) bleh tgk perut dia yg tgh pregnant 5 bulan.. ye la since dia kawen tak pernah jumpa lagi (last jumpa time aku pregnant 8 months).. so aku pon call la dia masa kat Kuala Terengganu kata nak singgah. luckily dia ade kat umah & lagi best ayah dia dari Johor pon ade. sampai rumah aez dlm lebih kurang pukul 7.30pm.. kami dihidangkan mee gorang oleh aez.. sedaaaapppp!!
peserta rombongan cik kiah ke kelantan  :-D :
aku
my hubby
my baby Zahra
mak
mak mertua
abg lan (abg sulung)
ayu (adik)
ain (adik)
mak teh
pakteh
we all travel dengan 2 kereta... alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik...
ni beberapa gambar masa kat sana..
Berjaya breastfeed Zahra exclusive 6 months!!
sekarang Zahra masih menikmati nikmat susu ibunya.. and alhamdulillah production susu masih dalam keadaan yang baik..semua ni rezki Zahra.. anak ibu yang sorang ni..
26.12.06 hari tu Zahra genap 6 bulan.. & ibu dah bagi dia makan.. ibu wat sendiri tau bubur nasik untuk dia.. mmg berselera benar dia makan.. bubur nasik + kentang + ikan bilis diblend sampai betul2 halus... lepas ni nak try puri buah epal lak..
Zahra ni skang mmg tgh kuat mkn..berselra aje..mkn lagi susu lagi.. dah naik sket dah badan dia tapi still under control.. suke tgk dia mkn.. nak2 bile mknan tu abih..puas je rasa hati nih.. mula2 risau gak nak bagi mkn takot dia takmo.. tapi vice versa lak hehehe.. ni ade gambar2 terbaru Zahra & gambar gi kelah kat PD hari tu..
Zahra at 3 months
Selamat bersalin
bile Zahra keluar je aku dengar suara dia menangis..tapi kejap aje..pastuh nurse angkat soh tgk jantina..BABY GIRL!! hehehe..comelnyer sangat... paling terharu bile nurse letak atas dada aku...mata Zahra tepat pandang mata aku sambil kelip2..ya Allah ini lah anak aku yang aku kandung selama 9 bulan 6 hari..yang aku rindu nak jumpa sangat2..at last dah ade kat depan mata aku..cam tak caye je rase time tu.
Skarang life aku dah berubah...dah lengkap satu family...ade suami & anak... ibu, abah & Zahra  :-D
I'm pregnant!!
I'm Pregnant!!